Category

Jika anda mahu membuat permit pekarja asing, sama ada untuk program Rekabilasi / RTK / Calling Visa atau untuk tujuan memperbaharui permit pekerja asing yang sedia ada, kami boleh buat insuran pekerja asing untuk anda.
Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan membuat permit kerja pekerja asing ialah:-
- Insurance Guarantee / IG
- SPIKPA
- Polisi Perkeso (pastikan majikan mempunyai polisi perkeso untuk pekerja mereka)
Polisi Insurance & SPIKPA akan siap kurang dari 30 minit setelah kami mendapat info dan bayaran daripada anda (Manakala SLIP SPIKPA dari KKM, kalau buat pagi biasanya boleh dapat pada hari yang sama).
Kos hanya RM253.60 untuk seorang pekerja (IG & SPIKPA). Jika jumlah pekerja lebih dari 1 orang, kos purata menjadi lebih murah.
Sila Whatsapp untuk pertanyaan segera..Whatsapp
Anda boleh juga memberikan info pada borang di bawah..
Spikpa syarat memperbaharui Permit Kerja
Majikan yang mengaji pekerja asing diwajibkan mengambil Jaminan Insuran atau Insurance Guarantee (IG), dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) & Polisi Perkeso.
Jika anda membeli Bond dengan bank, maka jumlah yang anda kena bayar ialah harga di atas bagi setiap pekerja. Jika anda mengambil polisi Insurance Guarantee dengan syarikat insuran / takaful - anda hanya perlu bayar premium yang lebih murah.
Contohnya, jika anda mempunyai 9 orang pekerja Indonesia..anda cuma bayar premium Insurance Guarantee sebanyak RM64 sahaja.
IG atau Insurance Guarantee
Insurance Guarantee (IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pengambilan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka.
Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan. Kebiasaannya imigresen memerlukan tempoh IG selama 18 bulan. Kos untuk Insurance Guarantee ialah: RM64 seorang.
Spikpa
Bermula 1hb. Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil Spikpa untuk pekerja asing mereka.
Sekiranya tiada insuran pekerja asing Spikpa, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka.
Jumlah premium RM139.60 setahun (untuk seorang)
Manfaat insuran pekerja asing Spikpa
Untuk kemasukan atau admitted ke hospital akibat dari kemalangan atau penyakit
Hospital kerajaan sahaja - cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerajaan (KKM)
Manfaat:-
- Bilik Hospital & Makanan Harian (Maksimum sehingga 30 hari)
- Unit Rawatan Rapi (Maksimum sehingga 15 hari)
- Bekalan dan Khidmat Hospital
- Bilik Bedah
- Bayaran Pembedahan (Tidak merangkumi pemindahan organ)
- Bayaran Pakar Bius
- Lawatan Doktor dalam Hospital (Maksimum sehingga 30 hari)
- Lawatan Pakar Perubatan dalam Hospital (Maksimum sehingga to 30 days)
- Bayaran Ambulans/Bayaran Laporan Perubatan
Nota:-
- Melindungi untuk kes kemasukan he hospital / admitted (bukan pesakit luar)
- Hanya kemasukan ke hospital kerajaan sahaja
- Jumlah maksima Bilik & Makan harian RM160 dengan bilik kelas 3
- Had Tahunan Keseluruhan Maksimum: RM20,000
Tuntutan Polisi Perkeso
- Jika berlaku kemalangan kepada pekerja, majikan hendaklah melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buroh dengan segera.
- Selepas itu, syarikat insuran akan memberikan borang kepada majikan untuk membuka fail dan laporan kemalangan.
- Jabatan Buroh juga akan memberikan beberapa borang kepada majikan untuk dilengkapi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Setelah lengkap semua borang, Jabatan Buroh akan membuat tafsiran jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insuran takaful kepada waris pekerja
Tuntutan polisi Spikpa
- Sekiranya pekerja kemalangan / sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan, maka tidak perlu membayar apa-apa. Hanya bayar Yuran pendaftaran sahaja
- Cuma tunjukan pengenalan diri iaitu passport untuk pengesahan identiti di kaunter daftar masuk.
- Pihak hospital akan hubungi TPCA (third party claim Administration) PraAssist dan urusan claim akan diuruskan oleh TPCA.
- Sekiranya bil hospital melebihi had perlindungan iaitu RM20,000 - majikan atau pekerja perlu membayar lebihan tersebut.
- PENTING: Sekiranya didapati mana-mana pekerja asing mempunyai tunggakan bayaran bil hospital, maka tunggakan itu mestilah dijelaskan.
- Jika tidak permit kerja tidak boleh diperbaharui untuk tahun yang berikutnya.
- Majikan juga akan disenarai hitam kan dan mana-mana majikan yang telah disenarai hitam & tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru.
Nota:-
- Boleh claim untuk kes kemasukan ke hospital sahaja & bermalam sekurang-kurangnya 1 malam (pesakit luar tidak dicover)
- Jika untuk kes kecemasan yang memerlukan kemasukan segera ke hospital – boleh dibawa ke hospital swatsa TATAPI akan dibayar mengikut kadar hospital kerajaan. Lebihan kos tidak ditangung oleh pihak insuran.
Carta pendaftaran kemasukan wad
1) Pesakit tiba di hospital
2) Terima Borang Arahan Masuk Wad
3) Semak passport & pengesahan mempunyai perlindungan insuran
4) Masuk hospital
5) Tunggu sehinga discaj
6) Pihak hospital akan menyediakan borang-borang yang berkaitan & bil
7) TPCA menerima Bil Hospital & Laporan Perubatan SPIKPA dan akan proses tuntutan / claim
8) TPCA akan membuat bayaran kepada hospital
9) Selesai..
Untuk info terperinci berkenaan dengan SPIKPA sila CLICK
Panduan Permohonan Penggajian Pekerja Asing Secara Atas Talian (Online)
- Majikan hendaklah masuk ke dalam laman web imigresen untuk menghantar permohonan. Pautannya laman webnya ialah: https://fwcms.com.my/
- Di dalam laman web imigresen tersebut, ada 4 benda diperlukan iaitu nombor Insurance Guarantee, No Spikpa, No polisi Perkeso & salinan slip Spikpa untuk dimuat naik. Jika anda belum mempunyai Insurance Guarantee & Spikpa, anda boleh mendapatkan dari kami iaitu Agensi Zaman (agensi sah dan berdaftar dengan Allianz)..sila Whatsapp
- Jika sudah selesai, majikan hanya tunggu tarikh untuk pungutan pelekat permit di jabatan imigresen
Tatacara untuk memungut/mengambil permit kerja di Jabatan Imigresen
Unutk memudahkan anda menyediakan dokumen untuk memungut/menganbil pelekat permit di jabatan imigresen, di bawah ini diberikan apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pihak majikan:-
- Surat Permohonan dari majikan - 2 salinan
- Surat Wakil Syarikat
- Salinan Kad Pengenalan majikan & wakil syarikat
- Salinan KWSP wakil syarikat
- SSM/Borang 49, Borang 9 yang terkini
- Salinan Resit Rasmi pembayaran
Sila sediakan file tertutup / beg untuk menyimpan passport semasa submit di Jabatan Imigresen. Ini mungkin untuk mengelakan dokumen tercicir dan sebaginya. Setelah dokumen di atas di hantar atau diserahkan kepada Jabatan Imigresen, majikan hanya perlu menunggu masa bilakah tarikh pungutan pelekat permit itu akan diperolehi.
Bagaimana hendak mendapatkan polisi?
Kami merupakan agent sah bagi syarikat Berjaya Sompo, Allianz, Takaful Ikhlas & Etiqa Takaful. Kami telah berpengalaman lebih dari 20 tahun di dalam bidang insuran / takaful.
Bermula 1 Feb 2025, majikan perlu mengunakan laman sesawang Fwcms untuk memperbahatui permit pekerja. Dapatkan ITR dari Fwcms dan hanya berikan ITR tersebut kepada kami untuk membuat polisi Spikpa & Insurance Guarantee anda. Anda akan mendapatkan polisi sepantas 30 minit.
Sila Whatsapp untuk pertanyaan segera..Whatsapp
Anda boleh juga memberikan info pada borang di bawah
Senarai pelanggang yang berurusan dengan kami |
---|
|