Internet Search

Custom Search

Proses tukar pemilikan pemilik meningal dunia

BAGI KENDERAAN MOTOR PEMILIK BERDAFTAR MENINGGAL DUNIA:

  • 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009); TM-3
  • 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka); Borang JPJ K3A
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2).
  • Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
  • Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil).
  • Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
    • Perintah Mahkamah; atau
    • Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau
    • Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau
    • Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil;
  • Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM (www.puspakom.com.my) yang masih berkuat kuasa.