Internet Search

Custom Search

kenderaan

Jenis-jenis Perlindungan Kenderaan

Jenis perlindungan insuran kenderaan ada 3 jenis dan setiap jenis berbeza antara satu sama lain. Ada di antara kita yang masih keliru tentang jenis-jenis insuran ini. Tiga jenis insuran tersebut ialah:

  1. Perlindungan komprehensif/first party insurance
  2. Perlindungan pihak ketiga/third party insurance
  3. Perlindungan pihak ketiga, kebakaran & kecurian/third party, fire & thift

Perlindungan Komprehensif/first party insurance

Tuntutan Cermin Kereta

Pada topik ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda berkenaan dengan tuntutan cermin. Sebelum kita bercerita tentang cara-cara tuntutan, adalah baik jika kita lihat dulu apa definisi/maksud 'cermin' - cermin bermaksud kesemua cermin kereta kita kecuali cermin pandang sisi. Bermakna jika mana-mana cermin kereta (depan, belakang, cermin tingkap) pecah, maka kita boleh membuat tuntutan. Perlu juga dimaklumkan bahawa, jumlah perlindungan cermin hendaklah dibuat beransingan dengan nilai kereta.