Internet Search

Custom Search

Tuntutan Cermin Kereta

Pada topik ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda berkenaan dengan tuntutan cermin. Sebelum kita bercerita tentang cara-cara tuntutan, adalah baik jika kita lihat dulu apa definisi/maksud 'cermin' - cermin bermaksud kesemua cermin kereta kita kecuali cermin pandang sisi. Bermakna jika mana-mana cermin kereta (depan, belakang, cermin tingkap) pecah, maka kita boleh membuat tuntutan. Perlu juga dimaklumkan bahawa, jumlah perlindungan cermin hendaklah dibuat beransingan dengan nilai kereta. Ini kerana perlindungan cermin termasuk di dalam kategori 'eksesory' sepertimana juga dengan perlindungan terhadap radio dan sebagainya.Pada topik ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda berkenaan dengan tuntutan cermin. Sebelum kita bercerita tentang cara-cara tuntutan, adalah baik jika kita lihat dulu apa definisi/maksud 'cermin' - cermin bermaksud kesemua cermin kereta kita kecuali cermin pandang sisi. 

Bermakna jika mana-mana cermin kereta (depan, belakang, cermin tingkap) pecah, maka kita boleh membuat tuntutan. Perlu juga dimaklumkan bahawa, jumlah perlindungan cermin hendaklah dibuat beransingan dengan nilai kereta. Ini kerana perlindungan cermin termasuk di dalam kategori 'eksesory' sepertimana juga dengan perlindungan terhadap radio dan sebagainya. 

Kadar premium ialah sebanyak 15% daripada nilai perlindungan. Misal kata nilai cermin yang hendak kita insurans/takafulkan sebanyak RM1,000.00, maka jumlah premiumnya adalah sebanyak RM150. Ok, sekarang kita cerita bagaimana hendak membuat tuntutan cermin. Jika cermin kereta kita pecah, apa yang perlu kita buat ialah pergi sahaja mana-mana bengkel kereta (lebih baik bengkel panel) dan buatlah pembaikan. Bayar dahulu dan kemudiannya tuntut semula dengan Etiqa Takaful. 

Dokumen yang diperlukan hanyalah:

  1. Resit asal 
  2. Gambar sebelum dibaiki & gambar selepas dibaiki 
  3. Mengisi Borang tuntutan & hantar (minta bantuan wakil/agent anda untuk uruskan) 
Nota:
Sebelum membuat pembaikan, bagitahu kepada pihak bengkel bahawa kita akan membuat tuntutan semula dengan syarikat insuran/takaful. Oleh itu pihak bengkel biasanya yang akan mengambil gambar untuk kita (mereka tahu bagaimana gambar yang diperlukan oleh pihak syarikat insurans/takaful)

Comments

Perlukah kita pergi ke bengkel pena untuk menukar cermin atau kita boleh pergi ke mana-mana bengkel?

Anda boleh menukar cermin kereta di mana-mana bengkel, tetapi jika anda membaiki di bengkel panel adalah lagi baik.

Apa yang penting anda perlu dapatkan Resit Asal & Gambar keadaan cermin sebelum dan selepas diperbaiki

Selepas itu bagi dokumen tersebut kepada etiqa takaful untuk proses tuntutan...untuk lebih mudah sila hubungi wakil anda untuk membantu prosen tuntutan tersebut.