Peraturan baru JPJ - Pembatalan polisi & transfer of interest

Bermula 1hb. Julai 2013, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan peraturan baru bagi kes pembatalan polisi kenderaan. Peraturan baru ini adalah di bawah sistem yang dipanggil mySIKAP di mana semua maklumat insuran akan dihantar kepada sistem tersebut.

Di bawah sistem baru tersebut, dua perkara yang terlibat:

  1. Pembatalan polisi insuran
  2. Pembatalan Cukai Jalan 

Pembatalan polisi insuran

Di bawah sistem baru tersebut, jika sesiapa yang ingin membatalkan polisi insuran maka mereka hendaklah terlebih dahulu membatalkan cukai jalan/road tax. Pembatalan cukai jalan/road tax boleh dilakukan melalui JPJ portal iaitu www.jpj.gov.my di bawah menu “Semakan Tarikh Luput Kenderaan Motor”. Pengguna tidak memerlukan ID untuk membuat pembatalan cukai jalan/road tax melalui portal tersebut.

Bagi tujuan pembatalan polisi insuran, pengguna hendaklah menyertakan sekali slip pembatalan cukai jalan tersebut bersama-sama dengan surat arahan untuk pembatalan polisi kepada syarikat insuran/takaful.

Transfer of interest/ownership

Bermula pada tarikh 1hb. Julai 2013 juga, tidak boleh lagi membuat 'transfer of interest/ownership'. Ini bermakna, pemilik lama/pemilik asal mestilah membatalkan cukai jalan dan pemilik baru wajib membeli cukai jalan baru. Ini berbeza dengan sistem lama iaitu, pemilik baru boleh menggunakan cukai jalan yang masih ada sehingga tamat tempoh.