Proses tukar nama/pemilikan kenderaan

Di antara tatacara untuk membuat pertukaran nama/pertukaran pemilikan ialah seperti berikut:

  1. Membuat pemeriksaan puspakom di mana-mana cawangan puspakom
  2. Mengisi Borang yang berkaitan
  3. Beli insurans untuk pemilik baru
  4. Buat proses tukar nama/pemilikan di JPJ

Info tambahan :

  • Borang Pengesahan kad Pengenalan mesti disahkan oleh pihak yang berkenaan seperti Pesuruhjaya Sumpah/Pegawai JPJ dan sebagainya
  • Tempoh sah bagi Borang Pemeriksaan Puspakom ialah 1 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan/tarikh pemeriksaan
  • Pemilik baru mesti membeli insuran kenderaan tersebut sekiranya Cukai Jalan masih berkuatkuasa
  • Sekiranya Cukai Jalan telah tamat tempoh, pemilik baru tidak perlu membeli insurans semasa proses tukar nama. Walaubagaimanapun, bila mahu membuat Cukai Jalan baru - insurans diperlukan
  • Cukai Jalan yang masih sah boleh dipakai oleh pemilik baru
  • Bagi pemilik lama, insurans kenderaan tersebut boleh dibatalkan apabila kenderaan itu telah ditukar milik. Sekiranya tempoh insuran tersebut kurang dari 8 bulan - pemilik lama boleh menuntut baki insuran tersebut daripada pihak syarikat insuran.
  • NCD pemilik lama boleh dipakai oleh pemilik lama untuk kenderaan lain, asalkan kenderaan tersebut di atas nama pemilik yang sama

Contoh Borang Tukar Nama > click di sini

Nota: Laman web ini hanyalah sebagai panduan atau info umum sahaja. Apa yang dinyatakan adalah benar setakat artikel ini ditulis, oleh itu anda dinasihatkan menyemak dengan pihak yang berkenaan seperti JPJ dan sebagainya untuk memastikan borang atau prosidur masih sama atau pun telah berubah.