Kereta rosak atau breakdown gunakan Etiqa Auto Assist

Sekiranya anda mengambil polisi kenderaan komprehensif (first party) dengan Etiqa, maka anda secara otomatik mempunyai kelayakan untuk mendapatkan perkhidmatan kereta penunda/towing secara percuma. Ianya boleh dihubungi 24 jam sehari. Perkhidmatan penunda percuma ini sangat penting terutamanya jika kereta anda mengalami kerosakan di kawasan yang agak jauh dari bandar dan pada tengah malam pula.

Berdasarkan pengalaman saya, jika kereta anda mengalami kerosakan dan anda menghubungi Etiqa Auto Assist, kebiasanya kereta penunda akan sampai ke tempat anda dalam masa 30 minit hingga 45 minit - walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kesesakan jalan raya pada waktu itu. 

Di sini saya ingin memberikan tips tentang bagaimana untuk menghubingi Etiqa Auto Assist jika kenderaan anda mengalami kemalangan/kerosakan dan sebagainya dan kereta anda perlu ditunda, jangan terima pelawaan daripada kereta penunda yang bukan panel etiqa. Pertama sekali pastikan anda meletakan/parking kenderaan anda di tempat yang agak selamat dan pasangkan kayu amaran kerosakan yang tiga segi atau jika tiada gunakan apa-apa cara supaya pemandu lain tahu bahawa kenderaan anda rosak. Anda sebaiknya terus menghubungi Etiqa Auto Assiat iaitu 1800806491 dan maklumkan:

  • Nama anda
  • Nombor pendaftaran kenderaan anda
  • Seterusnya nyatakan apa jenis kerosakan
  • Nyatakan lokasi anda 
  • Nyatakan di mana anda hendak menunda kenderaan anda 
  • Sekiranya anda menghadapi masalah dengan Etiqa Auto Assist - hubungi wakil/agent anda untuk membantu
  • Sekiranya jarak penundaan dalam jarak 50 KM - tiada apa-apa kos yang anda perlu bayar

Setelah kenderaan anda sampai ditunda ke tempat yang dituju, pihak kereta penunda akan meminta anda menandatangani satu borang - yang membuktikan bahawa kereta anda telah selamat ditunda ke tempat yang dituju. Sekali lagi diingatkan bahawa tiada bayaran dikenakan sekiranya jarak penundaan dalam jarak 50 KM pertama.