Kadar baru kompaun saman trafik

Bermula 1hb. March 2011, kadar kompaun baru akan digunakan. Mengikut sistem baru, makin lewat membayar saman maka lebih tinggi kompaun akan dikenakan. Kadar kompaun baru dibahagikan kepada empat kategori kesalahan berbanding dengan tiga kategori sebelum ini. Empat kategori adalah seperti jadual di bawah.

Kadar kompaun baru mulai 1 Mac 2011
kategori kesalahan Jenis kenderaan Kadar kompaun mengikut tempoh bayaran

 

  1-15 hari 16-30 hari 31-60 hari
Kesalahan menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas dan kesalahan yang berkaitan dengan perkhidmatan teksi Kesemua jenis kenderaan termasuk motosikal RM300 RM300 RM300
Kesalahan aktif dan berkait rapat dengan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbangkan kepada kemalangan Semua jenis kenderaan RM150 RM200 RM300
Motosikal di bawah 250cc RM100 RM150 RM250
Kesalahan pasif yang berkaitan dengan kesalahan teknikal pada kenderaan yang meningkatkan risiko kemalangan kepada pihak lain dan kesalahan menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan Semua jenis kenderaan RM100 RM150 RM250
Motosikal di bawah 250cc RM50 RM100 RM150
Lain-lain kesalahan daripada kategori 1, 2 dan 3 (yang menyumbangkan kepada kemalangan jalan raya) Semua jenis kenderaan RM70 RM120 RM150
Motosikal di bawah 250cc RM40 RM70 RM120

Penyelarasan dan penyusunan semula kompaun yang dikeluarkan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan pihak berkuasa tempatan(PBT) itu dipersetujui oleh kabinet mengikut Akhta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2010).

Mengikut kadar baru tersebut, kadar yang lebih rendah akan dikenakan jika pesalah lalu lintas membayar saman mereka lebih awal iaitu dalam tempoh 15 hari pertama, 15 hari kedua dan 30 hari berikutnya kecuali bagi kesalahan serius dalam kategori pertama.

Saman lalu lintas yang tidak dibayar selepas hari ke 60 akan terus didaftarkan sebagai kes mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan mahkamah mengikut akhta berkenaan.

Mereka yang mahu membayar saman, boleh melakukan di: -

Semakan saman juga boleh dilakukan di www.myeg.com.my (anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu)