Kenapa perlu insured mengikut harga pasaran?

Sekiranya kita menginsurankan kenderaan kita lebih rendah daripada harga pasaran dan sekiranya terjadi tuntutan seperti tuntutan akibat kemalangan atau tuntutan akibat kehilangan kenderaan, maka pihak insuran/takaful tidak akan membayar mengikut harga semasa. Sebagai contoh: anda mengambil insuran kereta proton persona dan katakan harga semasa kereta tersebut ialah RM50,000. Oleh kerana sebab-sebab tertentu, anda hanya mahu insurankan kereta persona anda tadi dengan harga RM40,000 sahaja. Ini bermakna anda menilaikan kereta anda tersebut 20% kurang daripada harga pasaran.

Oleh itu, jka terjadi tuntutan seperti kereta anda kemalangan, maka pihak insuran hanya membayar 80% sahaja daripada kos pembaikian dan anda kena tanggung sendiri 20% lagi. Begitu juga jika kereta anda hilang, maka pihak insuran/takaful hanya akan membayar 80% daripada nilai semasa.

Oleh itu, apabila anda ingin menginsurankan kenderaan anda, anda sepatutnya menginsuran mengikut harga semasa. Untuk mengetahui harga semasa, anda boleh mendapatkan panduan seperti di dalam surat khabar dan sebaginya atau tanya sahaja wakil/agent insuran/takaful anda.

Sekian,

Dapatkan Quotation Kenderaan Anda

search internet
Custom Search