Insuran Pekerja Asing: Insurance Guarantee, SPIKPA & FWCS

foreign workers insurance

Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign worker diwajibkan mengambil Jaminan Insuran atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing/Foreign Workers Compensation Scheme (FWCS) dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Insurance Guarantee atau IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh. 

Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign workers secara permohonan biasa atau permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ke tiga-tiga polisi tersebut. Di bawah adalah penerangan ringkas berkenaan dengan ke tiga-tiga polisi tersebut. Jumlah guarantee bagi setiap pekerja dan wargenegara ialah seperti berikut: -

  • Indonesia: RM250
  • Bangladesh: RM500
  • India/Pakistan/Nepal/Myanmar: RM750
  • Philipine: RM1000
  • Vietnam: RM1,500

Jika anda membeli Bond dengan bank, maka jumlah yang anda kena bayar ialah harga di atas bagi setiap pekerja. Jika anda mengambil polisi Insurance Guarantee dengan syarikat insuran / takaful - anda hanya perlu bayar premium yang lebih murah. Contohnya, jika anda mempunyai 9 orang pekerja Indonesia..anda cuma bayar premium Insurance Guarantee sebanyak RM63.66 sahaja. Pengiraan premium Insurance Guarantee seperti berikut (sebagai contoh 9 pekerja Indonseia:-

RM250 x 9 orang x 1.5%  x 18 bulan / 12 bulan (Formula)
= RM50.625 +
RM3.0375 (6% GST)
= RM53.66 +
RM10 (Duti Setem)
= RM63.66 (jumlah premium Insurance Guarantee untuk 9 pekerja Indonesia)

Nota: Minimum premium untuk Insurance Guarantee ialah RM63

IG @ Insurance Guarantee

  • Insurance Guarantee (IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pembaharuan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka (majikan juga perlukan FWCS & SPIKPA)
  • IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja hendak dilakukan
  • Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan
  • Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan
  • Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara. Manakala minimum premium ialah RM63

SPIKPA @ Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing

Keterangan terperinci produk

  • Bermula 1hb. Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil SPIKPA untuk pekerja asing mereka.
  • Sekiranya tiada SPIKPA, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka
  • Manfaat SPIKPA seperti berikut: -
    • Had Tahunan RM10,000
    • Untuk kemasukan ke hospital (kemalangan/sakit)
    • Hospital kerajaan - cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerajaan (KKM)
    • Hospital swasta - reimbursment (bayar dulu selepas itu klaim dengan insuran)
  • Jumlah premium - RM127.20 setahun (untuk seorang)
  • Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem

FWCS @ Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing

Keterangan terperinci produk

  • 24 jam perlindungan 
  • Untuk KEMALANGAN sahaja (waktu kerja/luar waktu kerja)
  • Penyakit akibat/kesan daripada kerja
  • Bil perubatan hospital (maksima RM750)
  • Kos penghantaran jenazah, jika meningal/hilang upaya kekal (maksima RM4,800)
  • Jumlah perlindungan (dalam waktu kerja):
    • Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksima RM25,000
    • Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
    • Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan (maksima RM23,000)
    • Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) - 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
    • Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
  • Jumlah perlindungan (di luar waktu kerja):
    • Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksima RM23,000
    • Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
    • Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan (maksima RM23,000)
    • Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) - 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
    • Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
  • Jumlah premium ialah RM76.32 setahun (untuk seorang pekerja)
  • Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem
FWCS
Manfaat Waktu Bekerja Luar Waktu Bekerja
Kematian RM25,000 maksima RM23,000
Kecacatan Kekal

Peratusan dari RM23,000 - Seperti di Akta Pampasan Pekerja 1952

RM23,000
Kecacatan Separuh kekal Ikut peratusan drp RM23,000 - Seperti di Akta Pampasan Pekerja 1952 Ikut peratusan drp RM23,000 - Seperti di Akta Pampasan Pekerja 1952
Kecacatan/separuh kekal sementara 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)  1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
Bil perubatan

RM750 maksima - Seperti di Akta Pampasan Pekerja 1952

RM750 maksima - Seperti di Akta Pampasan Pekerja 1952
Penghantaran pulang (meninggal/hilang upaya kekal) RM4,800 maksima RM4,800 maksima

 

SIPKPA / SKHPPA
No. Faedah-faedah Jumlah Perlindungan (RM)
1(a) Bilik Hospital & Makanan Harian (Maksimum sehingga 30 hari)
Bayaran yang dikenakan mengikut
bayaran yang selaras dengan
Bilik dan Makanan Harian Kelas Ketiga (ke-3)
sehingga maksimum RM 160.00 sehari
di Hospital Kerajaan Malaysia bukan Korporat mengikut Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan) 1982
1(b) Unit Rawatan Rapi (Maksimum sehingga 15 hari)
2 Bekalan dan Khidmat Hospital
3 Bilik Bedah
4 Bayaran Pembedahan (Tidak merangkumi pemindahan organ)
5 Bayaran Pakar Bius
6 Lawatan Doktor dalam Hospital (Maksimum sehingga 30 hari)
7 Lawatan Pakar Perubatan dalam Hospital (Maksimum sehingga to 30 days)
8 Bayaran Ambulans/Bayaran Laporan Perubatan
Had Tahunan Keseluruhan Maksimum (Perkara 1 hingga 8) 20,000

Info ringkas berkenaan dengan tuntutan/klaim

SPIKPA

  • Sekiranya pekerja kemalangan/sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan, maka tidak perlu membayar apa-apa. Cuma tunjukan pengenalan diri iaitu passport untuk pengesahan identiti di kaunter daftar masuk.
  • Sekiranya bil hospital melebihi had perlindungan iaitu RM10,000 - majikan atau pekerja perlu membayar lebihan tersebut.
  • PENTING: Sekiranya didapati mana-mana pekerja asing mempunyai tunggakan bayaran bil hospital, maka tunggakan itu mestilah dijelaskan - jika tidak permit kerja tidak boleh diperbaharui untuk tahun yang berikutnya. Majikan juga akan disenarai hitam kan dan mana-mana majikan yang telah disenarai hitam - tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru.
  • Untuk info terperinci berkenaan dengan SPIKPA sila CLICK

FWCS

  • Sekiranya berlaku kemalangan kepada pekerja majikan perlu membuat laporan polis dan seterusnya melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buruh negeri.
  • Jabatan Buruh akan memberikan beberapa dokumen untuk dilengkapkan oleh majikan.
  • Selepas pekerja keluar hospital dan Jabatan Buruh akan membuat penilaian jumlah tuntutan yang akan dituntut kepada syarikat insuran
  • Syarikat insuran akan membayar jumlah tuntutan sepertimana yang dinyatakan oleh Jabatan Buruh.

Nota:

Di atas adalah penerangan ringkas berkenaan dengan proses tuntutan untuk panduan. Untuk yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi syarikat insuran anda atau hubungi agent insuran anda.

Sekiranya anda ingin membuat IG/SPIKPA/FWCS - sila download & lengkapkan borang di bawah dan emaikan kepada kami:-

 >DOWNLOAD BORANG<

Jika pekerja yang baru pertama kali buat permit - hanya berikan kami kod yang diberikan oleh FWCMS / BESTINET

Jika anda ingin mendapatkan quotation dahulu, sila dapatkan quotation pada link di bawah: -

>Dapatkan Quotation<

019-3059047 (Zailir)
Panel Insurance: Allianz & Etiqa Takaful
 
Borang untuk claim insuran
 
a) Bagi kes Hilang upaya Sementara /Kekal.
  1. Notis kemalangan daripada majikan
  2. Borang PP1
  3. Borang laporan Kemalangan PP2
  4. Perakuan Perubatan (Buroh 90)
  5. Sijil Cuti Sakit (jika ada)

b) Bagi kes maut

  1. Notis Kemalangan daripada majikan
  2. Borang PP1
  3. Borang laporan Kemalangan PP2 & PP2A
  4. Sijil kematian
  5. Laporan bedah siasat (jika ada)
  6. Laporan polis (jika ada)

Jika berlaku kemalangan kepada pekerja, majikan hendaklah melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buroh dengan segera. Selepas itu, syarikat insuran / wakil akan memberikan borang kepada majikan untuk membuka fail dan laporan kemalangan. Jabatan Buroh juga akan memberikan beberapa borang kepada majikan untuk dilengkapi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Setelah lengkap semua borang / lengkap semua maklumat yang diperlukan, maka Jabatan Buroh akan membuat tafsiran jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insuran  takaful kepada waris pekerja.

search internet
Custom Search