No Claim Discount (NCD)

Saya merasakan topik ini perlu juga dibuka kerana ada sebahagian daripada kita yang tidak begitu faham berkenaan dengannya. NCD (No Claim Discount) bermaksuddiskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. Sekiranya tahun yang berikutnya juga tiada tuntutan, maka NCD menjadi semakin besar. Kadar NCD menjadi seperti berikut: - 

  • Tahun pertama 0% 
  • Tahun ke-dua 25% 
  • Tahun ke-tiga 30% 
  • Tahun ke-empat 38.33% 
  • Tahun Ke-lima 45% 
  • Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)

Misalanya, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan adalah kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan menjadi 25% dan seterusnya.

Nota: NCD di atas adalah untuk kenderaan persendirian. Untuk motosikal dan kenderaan perdagangan, kadar NCD pula seperti berikut:

  • Tahun pertama 0%
  • Tahun kedua 15%
  • Tahun ketiga dan seterusnya 25% (maksima)

Beberapa isu berkenaan dengan NCD:

1. Status NCD

Sekiranya anda mempunyai NCD sebanyak 55%, dan pada tahun tersebut anda telah menjual kereta anda dan tidak menggunakan NCD tersebut kepada mana-mana kereta anda yang lain. Soalan yang biasa ditanya ialah apa akan jadi dengan NCD kereta saya, jika saya tidak menggunakannya selama 1 th, 2th...seterusnya?

Jawapannya ialah NCD kereta anda itu akan berkurangan dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi kosong. Misalnya; jika anda tidak menggunakanya untuk setahun, maka NCD akan menjadi 45%, jika tidak menggunakan selama 2 tahun, ianya akan turun menjadi 38.33%...begitulah seterusnya sehingga tahun ke-lima dimana NCD menjadi 0%

2. Pindahan NCD

Pindahan syarikat insuran/takaful

Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikay insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.

Pindahan ke kenderaan lain

Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%).

Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda...banyak wang yang anda dapat jimatkan!

Adakah anda tidak pasti berapa NCD kenderaan anda? Sila click di sini untuk semakan> SEMAK NCD


Dapatkan sebutharga kenderaan anda

sejarah NCD

bilakah wujudnya sistem NCD ini dan apakah sebab sistem ini diwujudkan?

sejarah ncd

Bila sistem NCD diwujudkan saya rasa tidak berapa penting, tapi yang patut kita tahu ialah kenapa sistem ini diwujudkan dan apakah faeadahnya. NCD bermaksud "No Claim Diskaun" - bermaksud sekiranya pemegang polisi tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun sebelumnya, maka dia layak mendapat diskaun di atas premium insuran untuk tahun seterusnya. Makin lama dia tidak membuat sebarang tuntutan, maka makin tinggilah Diskaun yang diberikan. 

Sistem Diskaun ini sangat logik dan adil kepada pemegang polisi & kepada pihak insuran. Perlu difahami bahawa syarikat insuran telah mengeluarkan banyak wang untuk tujuan tuntutan (kemalangan/kehilangan kenderaan) bagi setiap tahun. Kalau terlalu banyak tuntutan/claim, maka syarikat insuran mungkin boleh mengalami kerugian.

Contoh: anda mengambil insurans kenderaan Waja (1.6 cc) dengan nilai kenderaan RM50,000 dan NCD kosong - premium ialah RM1,535.50. Perlu difahami untuk contoh di atas, anda hanya membayar sekitar 3% ataupun RM1,535.50, sedangkan syarikat insurans menangung 99.7% atau RM48,464.50 (maksima) sekiranya kereta anda dicuri atau kerusakan akibat kemalangan. Oleh itu, tidak mustahil syarikat insuran akan mengalami kerugian sekiranya terdapat banyak tuntutan pada setiap tahun.

Tuntutan berlaku di atas beberapa sebab seperti kecurian atau kemalangan. Kecurian atau kemalangan itu pula kadang-kadang banyak juga berfaktor kepada kecuian si pemilik kenderaan, misalnya tabiat memandu dengan cara merbahaya, meletakan kenderaan di tempat-tempat yang tidak selamat atau tidak mempunyai alat pencegah kecurian yang baik (ada juga kerana 'nasib tidak baik' -  dan ianya diluar kawalan kita). Oleh itu, bagi pemegang polisi yang tidak ada tuntutan (mungkin kerana sifat mereka yang memandu dengan cara selamat dan mengambil langkah-langkah pencegahan kecurian), maka adalah wajar syarikat insuran memberi diskaun kepada mereka apabila ingin membuat pembaharuan insuran pada tahun berikutnya - ianya boleh diumpamakan sebagai 'hadiah' kerana tiada tuntutan. 

Kesimpulannya, sistem NCD memang adil kepada kedua-dua belah pihak iaitu pihak pemegang polisi dan juga pihak insuran.

ncd o ncb

salam...terima kasih ats topik yg saudara buka..dapat sy ilmu n info tuk kongsi bsma...saudara,dari apa yg sy baca n cuba fhmkn,apakah benar kiranya ncb o ncd sy 55% bermakna sy mndapat harga yg rendah untuk insuran kenderaan sy..??

NCD 55%

Jika NCD anda 55% ini bermakna - anda mendapat diskaun sebanyak 55% daripada jumlah premium asas. katakan jumlah premium asas ialah RM1,000 (tidak termasuk duti setem & cukai kerajaan bagi kenderaan perdagangan/syarikat), maka setelah tolak NCD - anda cuma perlu bayar RM450 sahaja dan dicampur dengan duti setem RM10, maka jumlah sebenar yang anda perlu bayar ialah RM460 sahaja. 

NCB

NCD dengan NCB tu adalah benda yang sama

kedua-duanya sama sahaja,

kedua-duanya sama sahaja, sebutan sahaja lain sikit

cnd=no claim discount
ncb=no claim bonus