muat turun jpj

Di bawah adalah borang-borang yang berkaitan yang boleh anda muat turun. Adalah dimaklumkan bahawa borang-borang yang tersebut di bawah adalah benar setakat artikel ini ditulis. Sebarang perubahan/kemaskini borang oleh pihak berkaitan yang tidak sempat kami up-date atau kami terlepas pandang adalah tidak menjadi tanggungjawab kami.

Borang-borang di bawah bertujuan agar anda boleh melihatnya sebagai contoh dan anda boleh menggunakannya selagi ianya masih boleh digunakan dan dibenarkan oleh pihak yang berkenaan.

Borang untuk tukar nama/tukar pemilikan kenderaan:-

  • TM-1 (Senarai Semak)
  • JPJK3 (Borang Tukar Pemilikan)
  • TM-AB (Borang Pengesahan Identiti Pemilik)
  • JPJ-SAB01 (Borang Akuan Penjual)
  • JPJ-SAB02 (Borang Akuan Pembeli)

Info Lain:

  • Sekiranya pemilik asal dan pembeli tidak hadir ke JPJ untuk proses tukar pemilikan, maka pengesahan identiti (Borang TM-AB, JPJ-SAB01 & JPJ-SAB01) hendaklah dilakukan oleh pihak yang dibenarkan seperti mana yang dicatatkan di dalam borang tersebut.
  • Jika penjual dan pembeli atau salah seorang datang ke JPJ semasa proses tukar pemilikan, maka pengesahan identiti boleh dilakukan oleh pegawai JPJ sendiri.
  • Tempoh sah laku "Sijil Pemeriksaan Tukar Milik" PUSPAKOM biasanya sah 30 hari dari tarikh sijil dikeluarkan

Borang permohonan tender nombor kenderaan

Semak kadar cukai jalan kenderaan anda